Saturday 27 November 2010

STYROFOAM

Sebenarnya dah 2 minggu lebih kelas bermula dan antara subjek yang saya belajar ialah subjek
"Culinary Design B".
Dalam seminggu ade 2 kali je kelas nie..
Hari Isnin dan Jumaat tp saya tak suka kelas hari Isnin lah....
Sebabnya kelas start pukul 8 pagi, dahla semua my roomate dok sedap membuta lagi. huhuu~
Tapi takpe yang syoknya sebelah petangnya saya pulak dok membuta sebab takde kelas dah. hehehe~
Pastinya ada antara mereka yang JELES.. Wink3~ (apa ko mepek nie)
Haha, so sepanjang 2 minggu lebih ni..saya belajar tajuk "Styrofoam" iaitu gabus.
2 minggu nie, chef suruh lukis & ukir binatang iaitu "Swan" menggunakan 
"Styrofoam blocks".
Bukan senang okeh! Perlukan kesabaran dan ketelitian silap hari bulan kepak dia boleh patah tau~
~Mari2 tengok cara-caranya~

Styrofoam

Swan yang telah siap dilukis

 Lebih-lebihan Swan yang dipotong

Swan yang telah siap dipotong

 Swan yang sudah siap dihaluskan dengan menggunakan kertas pasir.

 

Taraaaaaaaaa....Styrofoam "SWAN" telah siap.
  
inilah hasilnya.. ada 2 styrofoam yang berlainan.

Sunday 21 November 2010

2 ALAM


Semalam baru je lepas tonton cerita 2 ALAM ini, dekat One utama.
Masa saya tengok cerita nie..tak ramai pun orang.
tak sampai 20 orang kot,selalunya penuh je tempat duduk dalam bilik tu..
mula-mula memang tak nak tengok cerita nie tapi my teman dah ajak tengok..
kena juga lah tonton cerita nie..
Bolehlah tahan cerita nie..ada jugak rasa unsur2 cuak..suspen. hehe~
Walaupun ramai orang cuba mempertikaikan cerita 2 ALAM ni.
Cerita nie, mengisahkan seorang lelaki bernama Adam, mengubah dirinya menjadi seorang perempuan yang bernama Amy.
tapi seksi sangatlah pelakon perempuan tu. Hahaha~
cerita nie, berselang2 dengan menceritakan kisah masa dia masih hidup dan masa proses menguruskan jenazahnya.
Bolehlah dijadikan iktibar bersama, jangan sesekali kita berani untuk menukar @ mengubah anugerah dan ciptaan ALLAH.
dialog terakhir yang saya masih ingat lagi dalam cerita tu..
"Mak, nama saya Amy bukan Adam".

Thursday 11 November 2010

SEMESTER BARU

Akhirnya semester baru telah bermula.
result untuk semester lepas dah dapat..
tp gempak xgempak seperti semester lepas2..
pointer jatoh dengan subjek yg begitu senang kronik tapi alhamdulillah..
subjek akaun yang 1 apa pun aku xphm, dpt gak B-.
Hari Rabu lepas..
pengembaraan untuk semester baru telah bermula.
masih macam semester lepas,
ambil 5 subjek dan kelas hari sabtu masih ada. Huhu~
dah kena bgun pagi2 lepas tu habis kelas mlm..
kepenatan telah menanti dirikuh..
Hope sangat2 semester nie, semester last sblm g praktikal.
doakan saya yer kawan-kawan.
wish me luck..


Saturday 6 November 2010

Fenomena Kena Tindih

"Petikan ini diambil dari seorang sahabat sebagai rujukan bersama-sama."

Janganlah kite ni selalu tuduh hantu le, jin le, tahyul semua tu. Aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, banyak sangat orang dok cerita pasal pengalaman kena tindih ni. Betul ke kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?
Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada, nampak benda-benda pelik (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer). Kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena. Ni aku nak cerita sikit pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nya 'sleep paralysis'.
Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur' adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). Temporary paralysis ni selalu berlaku bila masa hendak tidur (hypnagogic paralysis) atau baru-baru bangun dari tidur (hypnopompic paralysis).
Normal badan manusia bila tidur, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement waktu nyenyak ni, bijik mata kita gerak-gerak) stage otak akan bagitau badan kita suruh rehat so, badan kita kira macam switch off kejap REM atonia (tader muscle tone).
Otak kita pun ada switch off button dipanggil reticular activating system RAS. Bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni, so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on. Kiranya screensaver laaa or hibernate so, bila kita bangun, RAS switched on balik. Kita sedar fully awake state. Tapi kadang-kadang, electrical signal tidak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter. Maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika. Before otak activate balik, memang menakutkan tapi benar.... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full, kadang-kadang partial atau sebahagian jer. Tu ada yang boleh gerakkan ibu jari, tetapi badan lain lumpuh etc..
Satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang sekali dengan hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik-pelik), visual (nampak benda bukan-bukan) atau tactile (deria sentuhan, terasa benda sentuh/hempap dll).

Sebab-sebab atau benda-benda yang boleh terjadinya sleep paralysis:
1. Tidur dalam posisi terlentang terlalu lama.
2. Jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. Sleep/rest deprivation (tidak cukup tidur..penat sangat)
4. Stress yang banyak kat otak, masalah keluarga, kewangan dan lain2.
5. Pertukaran gaya hidup secara tiba-tiba (macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh basikal....heheh extreme sangat contoh aku ni)
6. Orang yang ader penyakit narcolepsy