Thursday, 17 March 2011

RAPUH

 Dah dekat seminggu lebih tak post kat belog nie..
Bukan sibuk mana pun cuma tak ada idea nak taip kat sini..
Lelebih lagi tengah cuti semester nie, duduk kat umah tak g memane.
amat2 lah membosankan kalau duduk kat hostel bolehlah beborak dgn bdk bilik.
So, bagi mengisi masa2 yg lapang nie, so terlalu rajin mengadap lappy..
Bukan berchatting or berfacebook tapi berusaha mencantikkan lg belog kuh nie!
(erkk..cantek ke) lalalala~
Sambil2 tu, dgar lagu kt lappy dah muak dgr lagu kat lappy..
So apa lagi bukak lah "youtube" layan video dari kumpulan sixth sense.
Pastu ternampak pulak nama artis Opick dari Indonesia, try jugak la usha video tu..
Memang bestlah sebab berulangkali layan dan dengar video nie je..
Lagu yang mengisahkan seorang hamba kepada penciptaNYA..
 Korang try lah layan...then bg komen tau~

Detik waktu terus berjalan, Berhias gelap dan terang..
Suka dan duka tangis dan tawa, tergoris bagai lukisan..
Seribu mimpi berjuta sepi, hadir bagai teman sejati..
Diantara lelahnya jiwa, dalam resah dan air mata..
kupersembahkan kepadaMu, yang terindah dalam hidupku..
Meskiku rapuh dalam langkah, kadang tak setia kepadaMu..
Namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMu..
Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu..
Dalam dada ku harap hanya namaMu yang bertakhta..

Tuesday, 8 March 2011

AWARD MENJADI FOLLOWER KE X00...

Mungkin sudah rezeki saya agaknya..
Ini lah hasil daripada masa lapang saya yang gemar berjalan-jalan dan usha belog orang lain.
Saya telah dinobatkan sebagai JUARA. Rasa macam mimpi jer.
Hahahah~ (ceiiittt, poyo ajer).
Actually, bukan juara menang lumba lari ke atau menang duit 1juta ke..
tapi saya menang sebab saya merupakan follower yang ke X00 (rahsialah heheh..).
Hebat tak? :)
Apa-apa pun "terima kasih kepada cik Farah"
sebab sudi hadiahkan saya
"Award, Cursor yang chumel sangat, icon shoutbox dan header yang hebat".
Tenkiu~
Inilah dia belog cik Farah tu...
So korang, rajin-rajinkan lah untuk usha belog dia. Klik Sini~ 

Ini pula AWARD yang saya dapat dari dia. Tq










Friday, 18 February 2011

Fiesta Hospitality SHCA 2011

Pada hari Khamis lalu berlangsungnya fiesta untuk School Hospitality in Culinary Art.
Dalam fiesta ini, saya masuk 2 acara iaitu 'competition untuk masakan western' 
dan 
kemudian final projek untuk subjek design B.
seawal pukul 6 pagi dah bangun then bersiap-siap dengan pakaian lengkap chef sebaiklah roommate pun majoriti budak-budak SCA.
ada geng nak bangun awal-awal. hehe~ (cover line)
'excited' dan berdebar-debar punya pasai sampaikan tidur pun tak lena. zzZzzZZ..
fiesta yang berlangsung seawal pukul 8pagi tapi pendaftarannya pukul 7.30pagi..

------------------------------------------

PENDAFTARAN "COMPETITION FOR WESTERN FOOD"
 
Mula-mula kena daftar untuk pertandingan masak dulu.
Lepas itu, kena daftar pertandingan untuk FINAL PROJEK PULAK.
Selesai je, saya kena datang balik tempat daftar pertandingan masak tadi.
Sebabnya acaranya bermula awal dan serentak..
agak kelam kabut jugak tapi sebaik my partner untuk final projek tak join sekali masuk pertandingan masak, so dia tolonglah cover & tengok-tengokkan apa yang patot.
Pertandingan pun bermula dan tamat pukul 11pagi.... 
 

PENDAFTARAN "COMPETITION FOR FINAL PROJECT DESIGN A & DESIGN B"

Pendaftaran yang berlangsung pada pukul 7.30pagi di Students Centre.
Selesai sahaja pendaftaran tersebut, kami perlu setup meja kami dan kemudian meletakkan final projek yang kami hasilkan tersebut.
 final projek yang saya & my group buat ialah WEDDING CAKE.
memang ramai sangat pencabar & agak tergugat sedikit.
sebab masing-masing ada kreativiti & bakat tersendiri.
so inilah antara hasil budak-budak Design B lakukan...

STYROFOAM


 
BUTTER SCULPTURE

 
PASTILLAGE 



Alhamdulillah akhirnya selesai jugak final projek.
so sekarang hanya tumpukan study sebab FINAL EXAM dah nak dekat. 


 

Sunday, 23 January 2011

HAPPY BIRTHDAY

Pejam celik, pejam celik..wahhh, saya dah bertambah umurnya~
pada 22 januari 2011 hari tue, saya dah berusia 22 tahun.
muda lg kan? hahaha :)
dan tarikh tu juga, adik kuh turut menyambut hari kelahirannya juga.
KAMI BUKAN KEMBAR!~
tapi dengan kuasa ALLAH, tarikh & bulan kelahiran kami sama, tahun jer lain.
HAPPY BIRTHDAY untuk diri ku dan adik.
Mekaseh kepada family kerana belanja makan, belikan hadiah dan kek.
Mekaseh juga buat teman-teman yang wish birthday..
Mekaseh juga yang tak terhingga kepada budak-budak bilik yang buat surprise birthday walaupun terawal 15 minit. :) hehehe
Thanx and love u all.. <3

 Hadiah dari kakak dan abang ipar







Tuesday, 28 December 2010

EXAM ESOK

hye,
saya kembali semula... :)
dah lama giler tak post kat belog ni, berhabuk belog sy dibuatnya.
Line broadband lembab kat hostel, nak online pun payah.
dia JELESSSSSSS dengan kesenangan sy. :)
tapi takpe,
balik jer rumah saya akan bermaharajalela untuk online sepuas hati.
heheh~

Errrkk..ESOK SAYA EXAMMMMMMMMMLAH...
 Kenapa lah perlu adanya exam.. huHuu!
GERUnNNnnnYa......
dah study2 pun tapi sy masih blur2.
Oh tidakkkkkkk...
cepatlah ianya berakhir...
Apa2 pun kwan2 doakan kjayaan sy yea..
semoga sy tidak blur2 semasa exam berlangsung.

Saturday, 27 November 2010

STYROFOAM

Sebenarnya dah 2 minggu lebih kelas bermula dan antara subjek yang saya belajar ialah subjek
"Culinary Design B".
Dalam seminggu ade 2 kali je kelas nie..
Hari Isnin dan Jumaat tp saya tak suka kelas hari Isnin lah....
Sebabnya kelas start pukul 8 pagi, dahla semua my roomate dok sedap membuta lagi. huhuu~
Tapi takpe yang syoknya sebelah petangnya saya pulak dok membuta sebab takde kelas dah. hehehe~
Pastinya ada antara mereka yang JELES.. Wink3~ (apa ko mepek nie)
Haha, so sepanjang 2 minggu lebih ni..saya belajar tajuk "Styrofoam" iaitu gabus.
2 minggu nie, chef suruh lukis & ukir binatang iaitu "Swan" menggunakan 
"Styrofoam blocks".
Bukan senang okeh! Perlukan kesabaran dan ketelitian silap hari bulan kepak dia boleh patah tau~
~Mari2 tengok cara-caranya~

Styrofoam

Swan yang telah siap dilukis

 Lebih-lebihan Swan yang dipotong

Swan yang telah siap dipotong

 Swan yang sudah siap dihaluskan dengan menggunakan kertas pasir.

 

Taraaaaaaaaa....Styrofoam "SWAN" telah siap.
  
inilah hasilnya.. ada 2 styrofoam yang berlainan.

Sunday, 21 November 2010

2 ALAM


Semalam baru je lepas tonton cerita 2 ALAM ini, dekat One utama.
Masa saya tengok cerita nie..tak ramai pun orang.
tak sampai 20 orang kot,selalunya penuh je tempat duduk dalam bilik tu..
mula-mula memang tak nak tengok cerita nie tapi my teman dah ajak tengok..
kena juga lah tonton cerita nie..
Bolehlah tahan cerita nie..ada jugak rasa unsur2 cuak..suspen. hehe~
Walaupun ramai orang cuba mempertikaikan cerita 2 ALAM ni.
Cerita nie, mengisahkan seorang lelaki bernama Adam, mengubah dirinya menjadi seorang perempuan yang bernama Amy.
tapi seksi sangatlah pelakon perempuan tu. Hahaha~
cerita nie, berselang2 dengan menceritakan kisah masa dia masih hidup dan masa proses menguruskan jenazahnya.
Bolehlah dijadikan iktibar bersama, jangan sesekali kita berani untuk menukar @ mengubah anugerah dan ciptaan ALLAH.
dialog terakhir yang saya masih ingat lagi dalam cerita tu..
"Mak, nama saya Amy bukan Adam".

Thursday, 11 November 2010

SEMESTER BARU

Akhirnya semester baru telah bermula.
result untuk semester lepas dah dapat..
tp gempak xgempak seperti semester lepas2..
pointer jatoh dengan subjek yg begitu senang kronik tapi alhamdulillah..
subjek akaun yang 1 apa pun aku xphm, dpt gak B-.
Hari Rabu lepas..
pengembaraan untuk semester baru telah bermula.
masih macam semester lepas,
ambil 5 subjek dan kelas hari sabtu masih ada. Huhu~
dah kena bgun pagi2 lepas tu habis kelas mlm..
kepenatan telah menanti dirikuh..
Hope sangat2 semester nie, semester last sblm g praktikal.
doakan saya yer kawan-kawan.
wish me luck..


Saturday, 6 November 2010

Fenomena Kena Tindih

"Petikan ini diambil dari seorang sahabat sebagai rujukan bersama-sama."

Janganlah kite ni selalu tuduh hantu le, jin le, tahyul semua tu. Aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, banyak sangat orang dok cerita pasal pengalaman kena tindih ni. Betul ke kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?
Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada, nampak benda-benda pelik (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer). Kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena. Ni aku nak cerita sikit pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nya 'sleep paralysis'.
Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur' adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). Temporary paralysis ni selalu berlaku bila masa hendak tidur (hypnagogic paralysis) atau baru-baru bangun dari tidur (hypnopompic paralysis).
Normal badan manusia bila tidur, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement waktu nyenyak ni, bijik mata kita gerak-gerak) stage otak akan bagitau badan kita suruh rehat so, badan kita kira macam switch off kejap REM atonia (tader muscle tone).
Otak kita pun ada switch off button dipanggil reticular activating system RAS. Bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni, so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on. Kiranya screensaver laaa or hibernate so, bila kita bangun, RAS switched on balik. Kita sedar fully awake state. Tapi kadang-kadang, electrical signal tidak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter. Maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika. Before otak activate balik, memang menakutkan tapi benar.... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full, kadang-kadang partial atau sebahagian jer. Tu ada yang boleh gerakkan ibu jari, tetapi badan lain lumpuh etc..
Satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang sekali dengan hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik-pelik), visual (nampak benda bukan-bukan) atau tactile (deria sentuhan, terasa benda sentuh/hempap dll).

Sebab-sebab atau benda-benda yang boleh terjadinya sleep paralysis:
1. Tidur dalam posisi terlentang terlalu lama.
2. Jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. Sleep/rest deprivation (tidak cukup tidur..penat sangat)
4. Stress yang banyak kat otak, masalah keluarga, kewangan dan lain2.
5. Pertukaran gaya hidup secara tiba-tiba (macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh basikal....heheh extreme sangat contoh aku ni)
6. Orang yang ader penyakit narcolepsy

Wednesday, 20 October 2010

Kematian

Kejadian smlm & arini buat aku sedar ttg sebuah kematian.
Semalam ada 2 kematian yg berlaku. 
actually smlm aku follow akakku pegi melawat ayah mentuanya dihospital sg buloh.
first time aku ikot dia ke sana.
kami sampai dlm pukul 5 lbh kt sana. so sapai jer kat katil ayah mentuanya, memang rase nk menitis air mata nie tp aku cover.
sbb memang ayah mentua akak aku dah tenat sbb cara bernafas pn dah lain mcm.
pastu mata aku dok melilau2 pandang pesakit lain. sorg demi sorang aku usha pandang.
Ada sorg pakcik nie aku asik pandang dia jer bkn ape kesian sbb terlantar je & nafas pn guna alat. Tak sanggup aku.
Pastu pandang pulak ayah mentua akak aku. huhuu~
Stgah jam kmudian doktor dtg, dia bgtau ayh mentua kakakku da xde harapan. Doktor bg pilihan sama ada bg dia meninggal dlm kdaan tenang @ try push dia untuk hidup jgak dgn bantuan ubat tp doktor ckp apa2 pn dia ttap akn pegi sbb keadaan da kritikal.
so dari paksa2 & menyeksakan dia better lepaskan dia pegi dlm kdaan tenang.
semua yg dtg bacakan bacaan yassin untuknya.

Berbalik cerita pakcik yg mula2 td, jururawat keluar masok kt katil pakcik td. Aku dok tgok jer. ttibe aku tdgr sayup2 bacaan kalimah syahadah dan yassin kt katil pakcik tu.
rupanya pakcik tu pn sama mcm ayah mentua kakakku, akan pegi bbler masa.
dia da xde arapan jgak. mmg xsapai 2 jam aku kt ctu..pakcik tu da jd arwah. mcm xcaye jer.

Lebih kurang pukul 9 lbh...aku ngn family nak pulang. Parents aku pn dtg tp dowg dtg lewat.
Singgah jap g jejantas sg buloh beli mknan.
pastu kami balik & sapai rumah lbh kurang pukul 10 lbh..
aku ckp kt kakak aku..kalau ada msg masok kt hpon dia, aku jd takot, kot2 ada berita buruk. 
Yerrr....mmg bnr tjadi. Abg ipar anta msg mengatakan ayahnya telah kmbali kerahmatullah pd pkul 10.20 mlm.
So pg td kitaorg skeluarga pergi melawat arwah..tlg pape yg perlu.
Alhamdulillah semuanya telah selesai. Semua yg terjdi nie terlalu pantas 2 kematian dlm masa xsapai beberapa jam.
moga roh mereka dtmptkn dikalangan owg yg beriman. AL-FATIHAH

Sunday, 17 October 2010

ATIE : MY 1ST GIVEAWAY


GA utk kali nie, aku join dari belog sis Atie..
cuba kowg tgok baby gurl dia.. chumelkn? wink2..
aku join GA nie pn sbb aku terpikat ngn bdk yg chumel nie lah.. -_^
mata dia cantek n bulat sguh.
neway utk GA nie...
syarat2 dia mudah jer.. juz klik SINI utk info kowg yg nk tau n join~
 Mari2 ramai2 join nie GA





Friday, 15 October 2010

M.J 1st Give Away


Mari-Mari Ramai2 Join Ini Contest
Walaupun belog sis myra maseh baru tp da buat contest tau.
mcm2 hadiah yg sis myra sediakan..
so syarat2 nya xssh mane pun la.
kalo nk tau juz klik SINI

Sis Myra.
kalo ade lg contest yg sis buat. sy mau join suma.
wink2..
 


Thursday, 14 October 2010

LYNN FIRST LUCKY DRAW


  Anda mau menang hadiah?
Meyh ramai2 join LYNN.
Nie first time aku join peraduan. hope ade rezeki nk dpt.
neway lynn thanx buat peraduan mcm nie.
 lenkali buat bnyk2 lg..sy nk join ketat2. hehehe~!


Wednesday, 13 October 2010

Dear Kawan

"wah canteknya belog u"
"perghhhh..smart ah belog kau"
"kreatiflah belog u..i like"
"cutenya belog awk, pink2..blue2 gitu"
"jln2 disini sebentar...nice belog"
"berehat disini..."

setiap kali aq g terjah msuk belog2 insan lain..
setiap kali itu la kt shoutbox dowg ade ayat2 cmtu..
mmg xdinafikan belog yg aku dok terjah masuk tu suma cantek & kreatif.
then dowgnya followers sumanya above 400.

kdang2 segan gak nk tgor "tuan empunya belog tu".
sbb aku baru lagi, then belog pn xmeriah mane pn.
lg pn xkn lah owg yg famous cm dowg sudi jd followers aku..
tegur or berkwn ngn aku..
ceitt pasan ko, belog xfamous! dok ctu diam2. (bluwekkk)
aku xkira!!!! aku nk tgor gak dowg.. muahahahahh~
apa2 pun hope ada yg sudi berkawan ngan aku.


Sunday, 10 October 2010

Second award


Thanx to Najah 4 dis award.
menerima award pada tarikh 10.10.2010. ngeh3

1) Apa perasaan kamu sekarang ?
buhsaN n blur2..

2) Apa pendapat kamu tentang BLOG NAJAH ?
belog yg chumel seperti saya dia..
simple tp menarik auww........

3) Ucapan untuk dia ?
thanx coz jd my followers! n hope kte leyh bertukar2 idea nati..

Tuesday, 21 September 2010

xcited

Baru jer semalam belog nie diwujudkan..
tp i da terlebih xcited nk menukar & menambahkan pape yg ptot kt belog sendiri.
sambil2 tu try jugak usha & sekodeng belog2 membe len.. bukan tirulah.
tapi sebagai menambahkan pengetahuan jer.. =)
tak baik tiru2.. ALLAH marah tau. =)
secara kesimpulannya..
belog mereka kesemuanya...  
CANTEK, HEBAT & TERBAIK~!  
sape tgok pasti jeles!! hehe..


Monday, 20 September 2010

New beLog

 

...Assalamualaikum...
ellow~
akhirnya berjaya jugak i membuat belog nie~
walaupun sblm nie penah try buat, tp xmenjadi sbb time tu xserius pun.
lelbh lg email & password pun lupe!~ adoii~
.....TAPI....
kali nie, xmo memen da. Hehehe. =)
i nk jadikan belog nie sbgai tmpt i bercerita.
tempat i meluahkan apa yang dirasa & terlintas dipikiran!
enjOy :)